Isnin, 17 November 2014

Restoran Salero Bistro

RESTORAN SALERO BISTRO

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarahkahtu dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya ini.

 RESTORAN SALERO BISTRO
        Hari ini jam 10.00 malam hari Isnin telah memberi kesempatan kepada saya untuk melakukan satu lagi assigment iaitu mengenai sebuah restaurant bertema. Oleh itu saya telah memilih sebuah restoran yang berkaitan tentang makanan yang berkaitan dengan masakan Indonesia iaitu Nasi Padang, Masakan Minang dan Sate Padang. Bukan itu sahaja malah, pelanggan akan memilih untuk makan masakan lain seperti Nasi Goreng USA, Nasi Paprik serta Roti Canai.

                                                      Nasi Paprik dan Sate Padang
        
                                                    papan tanda " parking dan buka 24 jam"

        Restoran Salero Bistro di buka selama 24 jam bagi memudahkan pelanggan yang keluar lewat malam singgah di restoran tersebut. Bukan itu sahaja, malah restoran ini menyediakan kemudahan seperti tempat letak kereta yang berdekatan dengan restoran tersebut.



 Di restoran ini saya telah memilih untuk makan makanan Padang iaitu Sate Padang dan minum air teh 'o' ais. Sate Padang ini mempunyai dua pilihan iaitu sate ayam dan sate daging. Saya teah memilih untuk menikmati Sate Padang.


 Sate Padang ini sangat istimewa kerana kuah sate ini diperbuat daripada rempah yang dibuat asal dari Indonesia. Selain itu, kuah sate ini mempunyai rasa sedikit pedas dan mepunyai cita rasa yang tersendiri. Cara hiasan pada pinggan juga sangat unik kerana dilapik menggunakan daun pisang.


                                                                                                              Sate Padang




                                                Kedai dan menu Sate Padang dan Sate Kajang
           Sate Padang ini di usahakan oleh  ZulFadli bersama kakak beliau. Tempat ini telah ditubuhkan selama 3 tahun dan beroperasi bermua jam 6.30 petang hingga 1.30 pagi. Kebiasaan pelanggan akan oder iat sate padang atau sate biasa. Selain itu juga, pada pelanggan yang tidak biasa untuk makan sate padang, mereka akan memilih sate kacang.


                                              mempunyai gambar Rumah Minangkabau


                                                situasi di dalam Restoran Salero Bistro

 Sampai di sini sahaja maklumat yang boleh saya berikan mengenai Restoran Salero Bistro ini....
Sekian terima kasih...

Assalamualaikum

2 ulasan:

  1. Penulisan yang baik. Cuma hati-hati dengan penggunaan dan ejaan perkataan. Boleh dipertingkatkan lagi mutu penulisan. Selamat menulis!

    BalasPadam
  2. terima kasih. insyAllah saya akan memperbaiki mutu penggunaan dan ejaan perkataan..

    BalasPadam