Lawatan Ke Muzium Coklat
Hari khamis bersamaan 24/11/2014 saya dan pelajar dari Kolej PTPL Shah Alam telah mengadakan satu aktiviti yang di anjurkan oleh pihak Unit Pembangunan Pelajar (UPP) yang di wakili oleh Cik Syuhada. Saya dan pelajar lain di bawa melawat ke Muzium Coklat yang berlokasi di Kota Damansara, kedatangan kami di sambut baik oleh pihak muzium.
signboard Muzium Coklat
Seterusnya kami di bawa di hadapan pintu masuk muzium untuk mendengar serba sedikit taklimat tentang asal-usul sejarah koko yang telah diasaskan oleh Olmec iaitu pengasas yang pertama berjaya mencipta pokok koko dan kegunaan pokok koko dan biji koko.
pengasas coklat
Kami juga di bawa ke tempat di mana coklat berfungsi dalam tubuh badan manusia. Di mana coklat merupakan sejenis makanan yang baik dalam keimunan badan seseorang. Sebagai contohnya, pada otak ia dapat menguatkan ingatan serta dapat kurangkan stress . Bukan itu sahaja, malah kami dapat tahu bahawa coklat ini dapat melanjutkan usia seseorang.
fungsi coklat pada tubuh badan manusia
Seterusnya kami di bawa ke "Chocolate Kitchen". Disini kami dapat menyaksikan cara-cara pembuatan coklat dengan cara yang betul. Bukan itu sahaja, malah selesai sahaja pembuatan coklat kami di beri rasa coklat yang baru di buat itu tadi.
demokrasi membuat coklat
Akhir sekali, selesai sahaja demokrasi kami semua berkumpul di hadapan " Chocolate Kitchen" untuk memberikan sedikit tanda penghargaan kepada chef yang bertanggungjawab dalam aktiviti ini. Seterusnya, kami sempat bergambar bersama chef. Ada juga sesetengah pelajar bertanya soalan pada akhir aktiviti ini sebelum kami semua pulang ke kolej.
berikan sedikit penghargaan