Khamis, 5 Februari 2015

Fish

Masakan ikan

 Aktiviti yang dijalankan dalam kelas kitchen yang diajar oleh Chef Yus. Masakan yang saya kali ini adalah ikan iaitu pan fried fish dan breaded fish. dalam kelasini saya diajar untuk memotong ikan dengan yang dipanggil skin on dan skin off. Saya diajar cara untuk memeotong cara skin on dimana saya perlu buang kulit ikan.

maskan pertama yang saya masak adalah pan fried chicken dimana saya menggunakan cara membuang kulit ikan dan setelah itu saya basuh dan perapkan ikan tersebut dengan bahan perahan lemon, garam dan sedikt papper.
 
 masakan pan fried fish

Seterusnya saya masak masakan breaded fish  dimana saya akan mengoreng ikan tersebut,sebelum itu saya akan bersihkan ikan dan seterusnya saya akan salutkan ikan tersebut dengan tepung seterusnya telur dan akhir sekali breadcrumb.setelah itu, saya akan goreng ikan tersebut hingga kekuningan dan masak.

Sampai disini sahaja yang dapat saya berkongsi dengan pembaca blog ini. sekian terima kasih. assalamualaikum. 
 

masakan Soup

Pelbagai Jenis Masakan Soup

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya ini. Hari ini saya akan menceritakan tentang cara-cara pemyediaan soup yang betul. Saya menyediakan pelbagai soup seperti mushroom soup,fresh onion garlic dan seafood chowder.

Masakan soup yang pertama adalah mushroom soup
mushroom soup

Bahan-bahan untuk membuat soup ini adalah seperti
-brown stock
-cendawan shitake
-silver mushroom
-carrot
-celery
-onion
-air
-stok ayam
-garam


fresh onion caremeless

Masakan kedua yang saya masak adalah fresh onion caremeless

Bahan-bahan untuk untuk membuat soup ini adalah seperti
-minyak
-bay leaf
-mix herbs
-sauteing onion
-air
-stok beef
-garam
-white papper

Sampai di sini sahaja aktiviti masakan saya bersama chef dalam kitchen ini. Saya juga akan selalu update blog saya ini pada masa akan datang. Assalammualaikum kepada pembaca blog saya ini.

Masakan Pasta

Pasta

 Hari ini saya dan partner saya telah menyediakan pasta untuk kelas kitchen yng terakhir pada masa itu sebelum ujian final. Sebelum memulakan kelas masakan, kami telah di ajar oleh Chef Yus tentang cara-caramasak pelbagaimasakan pasta yang akan disediakan oleh kami nanti. Bukan itu sahaja, malah setelah siap chef masak kami dibenarkan untuk merasai masakan beliau. Chef juga ada mengajar cara untuk merebus spaghetti dengan menggunakan masa yang betul agar spaghetti masak yang secukupnya. Dibawah ini merupakan salah satu jenis maskan pasta iaitu Aglio Olio.


    
pasta Aglio Alio

  Seterusnya, kami juga diajar untuk menyediakan sos bolognaise yang sesuai digunakan untuk pelbagai jenis pasta seperti spaghetti,angel hair dan sebagainya. Seperti biasa chef akan memberi kami rasa masakannnya. dibawah ini merupakan sejenis masakan pasta yang menggunakan sos bolognaise

spaghetti marinara
 Ini sahaja dari saya untuk memenuhi keinginan saya untuk mengisi masa lapang saya. Bukan itu sahaja, saya juga ingin berkongsi pengalaman saya dengan orang lain.
sekian terima kasih, assalamualaikum.


Ahad, 25 Januari 2015

Jawatan Kosong

Assalamualaikum, ini adalah assignment untuk subjek katering.. Jawatan kosong untuk restoran yang saya baru buka.. cewahhh! Insya Allah itulah idaman saya selama ini untuk membuka Restoran yang bertemakan Western in Garden.. haaa, nampak tak nama dia.. okay, nama Restoran saya ni " Restaurant Steak House Garden "...


Iklan Jawatan Kosong 

Assalamualaikum, hari ini saya ini membincangkan mengenai assigment untuk subjek Pengurusan Sistem Katering yang telah diberikan oleh pensyarah saya iaitu mengenai satu jawatan iklan kosong yang dibuat oleh saya dan ahli kumpulan saya yang lain. Jawatan kosong ini direka bagi restoran saya yang bertemakan Western food dan restoran saya dinamakan Restaurant Steak House Garden. Jawatan kosong ini di reka untuk menawarkan pekerjaan kepada orang yang memerlukan kerja. Selain itu, menawarkan gaji yang berpatutan .

iklan jawatan kosong

Tugasan ini hanya di buat untuk pembelajaran sahaja serta untuk meningkatkan tahap pembelajaran saya dalam membuat iklan ini.

Assalamualaikum

DAPOR KAKDE

PISANG GORENG CHEESE LELEH

Pada 23/1/2014 telah ada satu aktiviti di mana MSU Collage telah mengadakan HomeComing Fiesta 2015 bagi mengeratkan hubungan sesama pelajar dan tenaga pengajar. Aktiviti yang ada ialah jualan antara gerai yang diadakan di kawasan kolej tersebut. Di sini terdapat satu gerai yang menjual pisang goreng chocolate yang di jual secara panas-panas. Terdapat ramai pelajar yang datang membeli digerai tersebut kerana harga yang berpatutan.

gerai dapor kakde

Gerai ini telah menjual pisang goreng cheese leleh dengan yang berpatutan dan boleh diterima dalam kalangan pelajar. Harga goreng pisang cheese leleh ini berpatutan iaitu terdapat 5 keping pisang dan harganya hanya RM 3.00 sahaja.

PISANG GORENG CHEESE LELEH

bukti menunjukkan saya beli makanan ini.













KIOSK HOT & ROLL

Hot & Roll Kiosk di Kompleks PKNS Shah Alam 


  Assalamualaikum warahmatullah hiwabarahkahtu dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya ini. Hari ini saya akan menceritakan tentang makanan segera  yang terdapat di Hot & Roll Kiosk. Kiosk ini terletak di Kompleks PKNS Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Kiosk ini menawarkan pelbagai makanan segera seperti Savoury sweety wrap, Savoury pita wrap, savoury Chappati wrap dan Savoury paratha wrap. Kiosk ini juga menyediakan pelbagai jenis minuman ringan.

Kiosk Hot & Roll

Kiosk ini menyediakan pelbagai pilihan savoury sweety wrap dan savoury paratha wrap seperti daging, ayam, bacon dan pelbagai lagi. Bukan itu lagi, savoury ini ada pelbagai pilihan seperti pizza beef, chicken saussage, satay chicken, crispy pineapple dan banana chocolate.



Pelbagai pilihan makanan dan minuman

keadaan di di kiosk tersebut

Setakat ini sahaja dapat saya kongsikan mengenai Kiosk Hot & Roll ini. Sekian assalamualaikum.

Masakan Western

MASAKAN WESTER DI KITCHEN 5

     Hari ini saya dan partner saya telah menyediakan masakan barat / western iaitu Beef Medallion dan Beef Steak. Sebelum memulakan kelas masakan, kami telah di ajar oleh Chef Yus tentang cara-cara pemotongan daging yang betul. Bukan itu sahaja, kami juga di ajar tentang cara mengikat daging bagi memudahakan memotong daging. Setelah itu, chef telah membahagikan potongan daging keada kami untuk masak. Memandangkan ramai pelajar yang tidak hadir ke kelas kami diberikan lebih daging tersebut.

     Masakan pertama yang telah saya masak ialah Beef medallion di mana daging tadi telah digulung dan di ikat bersama tali untuk membentuk bulat. Setelah itu , saya telah mememerapkam daging tersebut dengan garam, serbuk paprika dan sedikit lada hitam. Seterusnya saya gril daging tersebut hingga masak. Akhir sekali saya hiaskan masakan daging tersebut dengan pear shape potato dan sedikit hiasan sayuran.

Beef Medallion

Saya juga telah belajar untuk membuat pelbagai jenis bentuk kentang seperti Bearny potato, William potato serta pear shape potato. Setelah semua siap, saya telah menyediakan plating untuk msasakn western saya tadi.

Seterusnya, saya juga telah masak masakan kedua iatu Beef Steak, daging ini juga telah diperap dengan bahan yang sama seperti beef medallion tadi. Daging ini telah telah dimasak atau gril sehingga medium rare ataupun ikut kesesuain pada masakan yang kita mahukan. Medium rare ini sesuai untuk steak.

Beef Steak

Setelah semua siap saya telah membuat plating untuk masakan ini. Beef Steak ini di plating bersama mashed potato, sauteing vegetables dan black papper sauce.

Akhir sekali, Chef Yus telah merasai maskan yang telah saya tadi dan telah memberikan sedikit komen terhadap masakan saya.

Sampai di sini sahaja yang dapat saya kongsikan mengenai masakan saya ini. Saya  tidak akan lekok untuk berkongsi resepi yang saya telah belajar sepangjang pembelajaran saya di kolej ini.

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 

Penyediaan Sauces

Penyediaan Sauces

   Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca blog saya ini. Hari ini saya akan menceritakan tentang cara-cara pemyediaan sos yang betul. Saya menyediakan asas sos seperti black papper sauces, chicken supreme (mushroom) dan lemon parsley sauce. 

Masakan sos yang pertama adalah Black Papper Sauce

Black papper sauce

Bahan-bahan untuk membuat sos ini adalah seperti
-minyak
-chopped onion and garlic
-bay leaf
-mix herbs
-black papper
-air
-roux
-brown stock

Cara yang pertama dalam masakan ini adalah seperti biasa saya akan tumis bawang yang telah dihiris halus sehingga garing. Setelah itu, saya saya masukkan bay leaf dan sedikit mix herb. Seterusnya saya masukkan pula black papper dan roux yang telah dibancuh dengan sedikit air. Akhir sekali saya masukkan brown stok yang telah siap dimasak dan biarkan sos itu tadi masak dengan sempurna.


Mushroom sauce

Masakan kedua yang saya masak adalah Mushroom sauce 

Bahan-bahan untuk untuk membuat sos ini adalah seperti
-minyak
-chopped onion and garlic
-bay leaf
-mix herbs
-mushroom
-volute
-roux
-garam
-white papper

Mula-mula saya panaskan kuali untuk menumis bahan seperti chopped onion dan garlic serta bay leaf dan mix herbs. Tumis bahan tersebut hingga garing dan seterusnya tambahkan volute dan sedikit roux yang telah dibancuh dengan sedikit air untuk memekatkan sos tersebut. Akhir sekali tambahkan sedikit mushroom dalam sos tersebut. Jangan lupa untuk menambahkan sedikit garam dan white papper sebagai perasa tambahan dalam masakan anda.

Sampai di sini sahaja aktiviti masakan saya bersama chef dalam kitchen ini. Saya juga akan selalu update blog saya ini pada masa akan datang. Assalammualaikum kepada pmbaca blog saya ini.